Kerjaya Nabil Zamanhuri

Nabil pada 2006 sempat tampil dengan album solo dan meriliskan lagu-lagu seperti Hey Emma ! dan Hati Ini, Hati Ini mendapat putaran yang kerap di stesen radio tempatan diwaktu carta muzik tempatan didominasi lagu-lagu artis dari seberang.

Dia kemudian menjadi pengacara rancangan mingguan Remaja yang ke udara setiap Sabtu di tv3. Rancangan yang mengetengahkan apa yang sedang trend dan rancak di kalangan belia tempatan.

Dalam pada masa sama, dia mula membintangi drama tv tempatan. Sekaligus mempelbagaikan portfolio nya dalam industri hiburan disamping menuntut di Univerisiti Multimedia Malaysia (MMU) dalam bidang Filem dan Animasi. Minat itu diteruskan apabila dia kemudian menyumbang suara untuk watak animasi Kapten Kaizo menggantikan Haris Aliff dalam siri Animasi Boboiboy dan Boboiboy Galaxy. [1]

Pada 2009 dia membintangi drama tv astro ria, Kamelia Katrina bersama Elyana Emrizal dan Mira Liyana Kasmi,[2] cerita seorang lelaki yang beristeri dua yang terperangkap diantara 2 isterinya yang tidak sependapat.

Untuk Festival Filem Malaysia ke 27, Filem Terbaik dari Langit yang mana dia turut bertindak sebagai krew pasca produksi telah tercalon untuk Anugerah Kesan Khas Terbaik sekaligus menaikkan semangat Nabil untuk berkarya dalam bidang CGI (Computer Graphic Image).[3]

Meskipun tidak aktif menyanyi di pentas, Nabil masih ligat disebalik tabir dengan komuniti RnB Malaya. Komuniti yang meneruskan perjuangan muzik RnB tempatan.

Terbaharu, Nabil Zamanhuri menyuarakan watak Aladdin untuk Disney’s Live Action Aladdin versi Bahasa Melayu. Nabil juga menyanyikan semua runut muzik filem Aladdin, termasuk ‘One Jump Ahead’ dan lagu tema ‘A Whole New World’ bersama Shila Amzah.